"Ini mungkin mesej terakhir," luah wartawan AS di Aleppo

  • 7 years ago
Seorang wartawan warga Amerika Syarikat, Bilal Abdul Kareem mengatakan jet pejuang kerajaan semakin 'rancak' menjatuh bom' untuk memusnahkan ruang perlindungan bawah tanah.

Wartawan itu berkata demikian dalam mesej videonya terakhir yang disulami bunyi letupan dan tembakan.

Sehingga kini, tiada maklumat mengenai apa yang berlaku di Aleppo, Syria.

Tentera regim Syria dan sekutunya mengisytiharkan menang di Aleppo, selepas pertahanan pemberontak hancur pada Isnin lalu dan mereka hanya berlindung di kawasan kecil yang diserang habis-habisan.

Wartawan Reuters yang berada di zon dikuasai kerajaan berkata, pengeboman di wilayah ditawan pemberontak di bandar raya itu berterusan tanpa henti semalam dan penduduk awam yang terperangkap menggambarkan keadaan umpama 'Hari Kiamat'.