Proton lancar EEV pertama Proton Ertiga

  • 7 years ago
Lengkap sudah pelancaran empat buah kereta Proton untuk tahun 2016 ini dengan pengenalan Ertiga di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Selangor sebentar tadi.

Proton Ertiga adalah model pertama hasil kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Japan.Didatangkan dalam 2 varian – Executive (manual [MT] dan automatik [AT]); dan Executive Plus (AT) dengan harga bermula dari RM58,800 – RM64,800 di Semenanjung Malaysia. Ia juga merupakan MPV kompak pertama Malaysia berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang disahkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI).

Secara keseluruhannya, tiada perbezaan dari segi spesifikasi enjin mahupun reka bentuk luaran serta kemasan dalaman kerana MPV itu kerana ia mempunyai ciri yang sama dengan Suzuki Ertiga yang dijual di Indonesia.

Kehadiran MPV segmen B itu dijangka bakal memberi saingan kepada kenderaan sekelasnya, termasuk PERODUA Alza dan Toyota Avanza.