Trump, Clinton berhujah, berselisih pendapat dalam debat bersejarah

  • 8 years ago
Dua pesaing ke White House berkempen bermati-matian menjelang pilihan raya enam minggu lagi dengan menonjolkan kehebatan masing-masing dalam debat presiden pertama dan paling bersejarah, hari ini.

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Demokrat, Hillary Clinton, dan dari parti Republikan, Donald Trump berhujah dan bertikam lidah dalam isu ekonomi, dasar luar negara dan juga domesti termasuk kejadian jenayah.

Kira-kira 100 juta penonton menyaksikan debat ini dengan penyokong terbahagi kepada mereka yang tertarik dengan retorik politik Trumph dan Hillary, bekas wanita pertama dan setiausaha negara yang mungkin berpeluang mencipta sejarah sebagai presiden wanita pertama kuasa besar itu.

Debat hari ini merupakan yang pertama daripada 3 sesi yang ditetapkan.