Video: Lawatan ke Laos, Obama minum air kelapa

  • 8 years ago
Lawatan julung kali Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat (AS) ke negara Laos disulami dengan kejadian yang luar biasa.

Mana tidaknya, Obama dirakam sempat menikmati kesegaran air buah kelapa muda tempatan di sana.

Kejadian itu berlaku ketika Obama melawat kumpulan mangsa yang selamat dalam 580,000 misi serangan melibatkan 2 juta bom tentera AS ketika Perang Vietnam meletus dari 1964 hingga 1973 lalu.