PM Singapura rebah ketika berucap

  • 8 years ago
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengalami gangguan kesihatan ketika berucap sempena sambutan hari kebangsaan negara itu, semalam.

Bagaimanapun kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Singapura menyatakan keadaan Lee tidak serius.

"Pasukan perubatan sedang merawat beliau sekarang. Berdasarkan penilaian mereka keadaan beliau tidak serius," kata kenyataan itu.

Sesiapa yang mengikuti siaran langsung ucapan Lee boleh menyaksikan beliau kelihatan gelisah dan condong ke arah kanannya selepas kira-kira tiga jam berucap.

Sekeping gambar disiarkan akhbar negara itu, The Straits Times menunjukkan Lee dibantu ketika turun dari pentas.

Lee bagaimanapun menyambung semula ucapannya itu kira-kira sejam kemudian.