Video Rosmah naik 'private jet' dengan banyak beg

  • 8 years ago
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membongkar video yang memaparkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet peribadi, yang didakwa disewa khas untuk menghadiri satu majlis di Istanbul, Turki.

Dalam video itu, Rafizi mendakwa beberapa petugas sedang mengangkut sejumlah beg yang dicurigai kandungannya ke dalam pesawat.

Semasa klip ini dihantar ke media, ia sudah mengandungi tulisan 'berapa beg' sekaligus menjelaskan bukan KiniTV yang muat naik tulisan tersebut.