Hamil di usia 15 tahun, ''ibu remaja' berhenti sekolah

  • 8 years ago
Romania mencatatkan kadar tertinggi kehamilan remaja di Eropah di mana 15 peratus daripadanya dilahirkan ibu-ibu remaja, yang kebanyakannya terpaksa berhenti sekolah.

Kempen giat dijalankan bagi menggesa kerajaan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah-sekolah, bukan sahaja mengurangkan bilangan kehamilan yang tidak diingini, tetapi juga melindungi kanak-kanak perempuan terhadap penyakit kelamin.