Roket tertusuk pada punggung, lelaki selamat dibedah

  • 7 years ago
Seorang mangsa perang bernasib baik apabila sebuah roket tertusuk pada bahagian punggungnya tidak meletup, di Sana'a, Yemen.

Video rakaman lelaki tersebut menjadi viral apabila dia berjaya diselamatkan oleh pakar bedah dalam operasi pembedahan.

Menurut Mirror Online, lelaki tersebut merupakan mangsa perang di negara yang masih bergolak itu.

Selepas pembedahan itu, lelaki itu berada dalam keadaan stabil dan kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket tersebut.