Adenan jadi 'drebar bas' raih undi untuk BN Sarawak

  • 8 years ago
Pengerusi Barisan Nasional Sarawak Tan Sri Adenan Satem kali ini mempunyai cara unik untuk menyampaikan mesej kempen politik sempena pilihanraya negeri Sarawak ke -11.

Adenan tampil sebagai pemandu bas pada babak akhir video kempen yang bertajuk '‘A Love Song To Sarawak For All Anak-anak Sarawak’ berjaya mencuri perhatian para pelayar internet.

Selain Adenan, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr. Sim Kiu Hian turut membuat penampilan dalam video kempen berkenaan.