Taib Mahmud, isteri melawat jenazah Adenan di Pusat Jantung Sarawak

  • 7 years ago
Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib ditemui hadir melawat jenazah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching hari ini.

Adenan Satem meninggal dunia di sini tengah hari ini, 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Anak saudara perempuannya Haslinda Hamzah mengesahkan Adenan meninggal dunia pada kira-kira 1.20 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, punca kematian belum dapat dipastikan namun Adenan mempunyai sejarah penyakit jantung.

Beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb, 2014.

Adenan telah membawa Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, 2016.

Link asal video: https://www.facebook.com/pg/KLXpress/videos/?ref=page_internal