Ola Bola dedah pembikinan CGI bertaraf antarabangsa?

  • 8 years ago
Produksi filem Ola Bola yang kini menjadi sebutan ramai mendedahkan proses pembikinan visual kesan khas dalam filem tersebut.

Video pendedahan tersebut dimuat naik selepas dua hari tayangan filem terbabit bermula di panggung wayang.

Para pelayar internet memberikan pujian kepada proses visual kesan khas tersebut yang dianggap bertaraf antarabangsa.