Apa kata Hadi, Anwar akan dedah penipuan pemimpin PAS
  • 5 years ago
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan pihaknya bersedia dengan sebarang pendedahan Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mahu membongkar pembohongan PAS di masa akan datang.

"Saudara Anwar kata mahu mendedahkan rahsia pembohongan PAS kepada umum.

"Saya jawab, biar dia dedah dululah, baru boleh jawab. Dia tak dedah kita tak boleh nak jawab," jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook yang turut memuat naik video beliau ditemuramah media.
Recommended