Lelaki maut tercampak dilanggar komuter

  • 8 years ago
Seorang lelaki warga Nepal maut selepas tercampak hampir lima meter akibat dilanggar KTM Komuter ketika melintas landasan berhampiran Stesen Setia Jaya menghala Klang tengah malam tadi.

Insiden tersebut kira-kira jam 12.35 tengah malam ketika mangsa, Gelje Sherpa, 30 dipercayai mahu melintas landasan komuter itu untuk pulang ke Pangsapuri Damai yang terletak di tempat berhampiran

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.