PAC - Tiada lagi kenyataan Pua pasal 1MDB
  • 8 years ago
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dilarang bercakap secara terbuka tentang 1MDB, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin.

Katanya, perkara ini berdasarkan arahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa Pua perlu keluar dari PAC sekiranya mahu meneruskan debat bersama Presiden 1MDB, Arul Kanda.