Kit Siang: Saya mangsa terbaru 'raksasa' 1MDB
  • 9 years ago
Ucapan pembelaan oleh ahli parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang sebelum keahliannya digantung selama enam bulan daripada menghadiri Mesyuarat Dewan Rakyat. Katanya, dirinya adalah mangsa terbaru 'raksasa' 1MDB

Pada Isnin lalu, Lim mendakwa speaker menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) terhadap 1MDB.

Akibat daripada kenyataannya itu,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said memfailkan usul penggantungan selama enam bulan terhadap beliau kerana menghina speaker.
Recommended