Dr M: Saya tak tahu tuduhan berkaitan 1MDB terhadap keluarga Zeti
  • 3 years ago
Dr Mahathir Mohamad mengaku yang dia tidak tahu-menahu mengenai dakwaan suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz ada menerima wang daripada 1MDB ketika dia melantik Zeti ke dalam Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada 2018.

Malaysiakini sebelum itu menyoal Mahathir sama ada dia tahu berkenaan dakwaan bahawa wang 1MDB disalurkan ke akaun yang dikendalikan suami Zeti, Tawfiq Ayman, ketika dia melantik Zeti menjadi sebahagian daripada anggota CEP.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata dia memang ada berhubung dengan Zeti sejak Najib Razak masih lagi menjadi perdana menteri.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/570911
Recommended