Pemuda PKR beri keterangan isu Altantuya-Najib

  • 9 years ago
Ketua Angkatan Muda PKR memberikan keterangan hampir sejam kepada polis berhubung aduannya terhadap timbalan perdana menteri dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu seperti laporan akhbar.

Shamsul Iskandar Mohd Akin dipanggil hadir di balai polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 11.30 pagi berhubung aduan polisnya minggu lepas susulan laporan Liberation yang diterbitkan di Perancis.

Dalam laporannya, peguam itu meminta polis membuka semula siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kematian wanita Mongolia itu dan pembayaran komisyen dalam pembelian kapal selam sewaktu tokoh negara itu menteri pertahanan.

Dihubungi Malaysiakini selepas memberikan keterangan tadi, Shamsul Iskandar berkata Angkatan Muda parti itu bercadang membuat laporan polis terhadap Najib di semua lebih 100 bahagian.

Wartawan: Abdul Rahim Sabri
Camera: Mohd Kamal Ishak