MT Umno: Najib tiada pecat mana-mana ahli
  • 9 years ago
Tidak seperti dibayangkan penyokong tertentu Umno, mesyuarat majlis tertinggi (MT) parti itu berlangsung - dan berakhir - tanpa sebarang pemecatan.

Malah Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat hari ini berlangsung dalam suasana sangat baik dan menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.