4 mati serangan bom di pejabat gabenor di Yemen

  • 9 years ago
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 10 orang tercedera dalam serangan bom ke atas pejabat sementara gabenor di Aden, Yemen.

Gabenor Nayef al-Bakri bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam serangan yang pertama seumpamanya di Aden sejak tentera pro-kerajaan menawan semula bandar itu daripada pemberontak Syiah-Iran pada pertengahan Julai lalu.