Serangan berani mati: Amerika bertindak, bunuh 50 ahli IS

  • 9 years ago
Susulan beberapa siri serangan berani mati, Amerika Syarikat bertindakbalas dan berjaya membunuh sekurang-kurangnya 50 anggota kumpulan militan Negara Islam (IS).

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, jumlah kematian berkenaan adalah antara yang tertinggi sejak IS melancarkan serangan di Kobane yang terletak berhampiran sempadan Syria dan Turki pada September lalu.