Ops roboh Kg Hakka: Wakil rakyat pembangkang, pemimpin NGO ditahan

  • 9 years ago
Beberapa wakil rakyat pembangkang dan pemimpin NGO ditahan polis kerana cuba menyekat operasi merobohkan beberapa rumah di Kampung Hakka yang bersejarah di Mantin, Negeri Sembilan pagi ini.

Antara mereka termasuk ahli parlimen Seremban Anthony Loke dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan.

Mereka dikatakan bertengkar dengan polis yang mengawal kawasan operasi perobohan itu dan dilihat dibawa ke dalam kenderaan polis.

Ikuti perbualan telefon jurukamera KiniTV Mohamad Azfarafandi Zulkfley yang berada di lokasi berkenaan sejak awal pagi tadi.