Dr M harap dapat cari negara lain untuk pemimpin pembangkang Kemboja

  • 5 years ago
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia tidak mahu ‘​​​​​​​bergesel’ ​​​​​​​dengan kerajaan lain kerana ia bukan urusan negara ini.

Wanita berusia 65 tahun, yang juga naib presiden Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) yang diharamkan di negara itu, dilaporkan ditahan oleh Jabatan Imigresen ketika tiba di KLIA dengan menggunakan pasport Amerika Syarikat, hampir tengah malam tadi.

"Kami mahu mengusirnya tetapi ada orang minta dia datang ke sini….kini kami cuba mencari mana-mana negara yang boleh menerimanya.

“Oleh kerana mereka melakukan jenayah di negara lain, tindakan diambil (ditahan) bukan kerana jenayah yang mereka lakukan di sini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan​​​​​​​ mesyuarat ​​​​​​​Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan) di Perdana Putra, di Putrajaya semalam.