Tun M suruh jangan naik harga, 'saya hormati pandangan beliau' kata Hasan

  • 9 years ago
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan kerajaan yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semalam. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek hari ini berkata beliau menghormati pandangan Mantan PM itu dan akan berbincang dengan jawatankuasa di bawah kementeriannya untuk mencari sistem terbaik untuk membantu rakyat dalam isu kenaikan harga barangan.