Demo sembelih ayam bercanggah akhlak Islam, kata Muslimat PAS

  • 9 years ago
Dewan Muslimat PAS menyelar tindakan tindakan sekumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' dan menyembelih empat ekor ayam serta melumur darah pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin pembangkang semalam.

Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahamud berkata, tindakan NGO berkenaan bukan sahaja tidak matang tetapi bercanggah dengan akhlak Islam sendiri.