Islam tak pernah ajar umat lumur darah, kata Fuziah

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mahu rakyat negara ini mengambil iktibar tragedi berdarah 13 Mei 1969 agar pertelingkahan kaum tidak berulang.

Mengulas tindakan 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' yang menyembelih empat ekor ayam serta melumur darah pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin pembangkang semalam, katanya, Islam tidak pernah mengajar umatnya berbuat demikian.