RCI atau PSC hanya lepas jumpa kotak hitam

  • 9 years ago
Kerajaan akan hanya mempertimbangkan penubuhan suruhanjaya diraja (RCI) atau jawatankuasa khas parlimen (PSC) untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370 selepas kotak hitam pesawat itu ditemui.

Menteri di Jabatan Perdana menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan buat masa ini mahu menumpukan usaha bagi mencari kotak hitam itu terlebih dahulu.