NGO Melayu bantah pusat judi lumba kuda di Bukit Tagar

  • 9 years ago
Beberapa NGO Melayu hari ini menghantar memorandum kepada kerajaan negeri Selangor bagi membantah cadangan pihak tertentu yang mahu membina sebuah pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah berkata sebagai negara Islam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus membatalkan projek berkenaan.