Darurat jika Azizah jadi MB: PERKASA mengarut, kata warga kota

  • 9 years ago
Sebahagian besar warga kota berpendapat dakwaan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA bahawa Selangor akan berada dalam keadaan darurat jika Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sebagai mengarut.

Menurut mereka, dakwaan oleh Datuk Ibrahim Ali itu langsung tidak masuk akal dan mereka yakin darurat tidak akan berlaku, sekalipun Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan sebagai menteri besar.