PERKASA ancam tentang EOC jika 153 dicabuli

  • 9 years ago
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) melahirkan kebimbangan mereka berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Peluang Sama Rata atau Equal Opportunity Commission (EOC) kerana berpendapat ia bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang juga presiden PERKASA berkata nama suruhanjaya itu juga membayangkan semua kaum akan mempunyai peluang yang sama rata dan ini bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.