Perang IS-Syria: Lebih 800 terbunuh di Kobane

  • 9 years ago
Lebih 800 orang terbunuh di Kobane, sebuah bandar strategik di sempadan Syria-Turki yang menjadi sasaran militan Negara Islam (IS) sejak 16 September lalu.

Menurut pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, seramai 481 terkorban, manakala 313 orang tentera Kurdis terbunuh dalam pertempuran bagi mempertahankan kawasan itu.

Jumlah tersebut bagaimanapun tidak termasuk anggota IS yang hilang dalam serangan udara yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Recommended