Ratusan protes tuntut harga petrol diturunkan

  • 9 years ago
Hujan lebat tidak menghalang ratusan orang bagi mengadakan bantahan aman 'Turun Beban Rakyat’ di hadapan bangunan KLCC hari ini.

Demo anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN ) dan beberapa NGO lain ini bermula sejurus selesai solat Jumaat sebelum peserta berarak pintu masuk Ibu Pejabat Petronas.

Mereka antara lain membantah kenaikan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sekaligus memberi kesan kepada peningkatan kos hidup rakyat.