MB S'gor berseloroh bonus 1 bulan setengah gaji

  • 9 years ago
Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali pada pembentangan bajet 2015 sempat berseloroh apabila beliau mengumumkan pemberian bonus sebanyak sebulan setengah kepada kakitangan awam di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya bonus setengah bulan sudahpun dibayar Julai lalu manakala bakinya sebanyak sebulan lagi akan dibuat pada 18 Disember ini, bagi membantu mereka membuat persiapan persekolahan anak-anak.