Nigeria digegarkan lagi dengan serangan Boko Haram
  • 9 years ago
Boko Haram melancarkan dua lagi serangan ke atas ibu negara Nigeria dengan menggunakan dua wanita sebagai pengebom berani mati yang meletupkan diri mereka di kawasan pasar.

Serangan ke atas Maiduguri dan Damaturu berlaku selepas Jumaat lalu sebuah masjid di Kano juga diletupkan hingga menyebabkan 120 orang terbunuh manakala ratusan lagi cedera.