Boko Haram isytihar mereka kini rakan sekutu IS
  • 9 years ago
Kumpulan militan Nigeria, Boko Haram mengaku secara rasmi menjadi sekutu kepada militan Negara Islam (IS).

Perisytiharaan itu dibuat oleh pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau dalam bahasa Arab menerusi akuan Twitternya yang berbunyi: "Kami mengumumkan kesatuan kami dengan Kalifah umat Islam."