Enggan debat kes liwat II, Rafizi label KJ penakut

  • 9 years ago
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini menyifatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai penakut kerana enggan berdebat dengannya berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi menganjurkan program jelajah mendedahkan kes berkenaan.

Katanya, isu debat antara kedua-dua mereka tidak berbangkit lagi kerana beliau sudah membuktikan bahawa menteri Umno itu seorang yang penakut.