'Saya rimas hal begini, buang masa banyak' - IGP komen kes liwat

  • 4 years ago
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyatakan kekecewaannya terhadap tuduhan liwat terbaru terhadap seorang ahli politik pembangkang terkemukan

"Rimas saya hal-hal begini, membuang masa banyak.

"Tetapi oleh kerana laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan pun telah dibuka. Tindakan telah diambil oleh Jabatan Siasatan Jenayah," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ini adalah kes berprofil tinggi kedua di bawah pengawasannya, yang pertama melibatkan Menteri Kanan, Mohamed Azmin Ali.