Anwar tetap ketua pembangkang, kata DAP

  • 9 years ago
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim belum dilucutkan sebagai ahli parlimen, beliau tetap adalah ketua pembangkang.

Diasak wartawan sama ada sebagai parti pembangkang yang memiliki kerusi terbanyak adakah DAP berminat dengan jawatan itu, katanya, Pakatan Rakyat akan berbincang mengenainya hanya selepas kedudukan Anwar ditentukan.