Ku Li: K'jaan sebelum ini telus isu surat jaminan

  • 9 years ago
Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) hari ini mendedahkan bahawa kerajaan sebelum ini sentiasa mendedahkan apa-apa surat jaminan ataupun apa-apa usaha melibatkan hal kewangan ke parlimen.

Bekas menteri kewangan itu berkata, perkara itu sentiasa diamalkan semasa beliau menjawat jawatan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.