PKR nafi dakwaan Umno, #KitaLawan tak sehebat Reformasi

  • 9 years ago
Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini membidas kritikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendakwa himpunan #KitaLawan tidak mendapat sambutan berbanding himpunan 'Reformasi' yang diadakan sekitar tahun 1998.

Katanya, mereka yang melihat gambar himpunan #KitaLawan tempoh hari akan tahu bahawa bantahan itu tetap mendapat sambutan hebat.