Peserta #BantahGST desak polis siasat ugutan rogolnya

  • 9 years ago
Peserta demonstrasi #BantahGST di Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu, Maisara Amira memberi pihak polis 48 jam untuk menyiasat ugutan seorang anggota pihak berkuasa itu yang mahu merogol dirinya.

Beliau yang berusia 21 tahun adalah satu-satu wanita antara 23 orang yang ditahan kerana terbabit pada himpunan Hari Pekerja itu dan mendakwa diugut akan dirogol semasa dalam tahanan oleh seorang anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam.