'Batalkan lesen premis judi jual taruhan pada umat Islam'

  • 9 years ago
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini menuntut supaya lesen syarikat judi yang membenarkan umat Islam masuk ke premis mereka ditarik balik ataupun digantung.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, hanya melalui tindakan sedemikian dapat menghalang umat Islam daripada berjudi meskipun fatwa mengharamkannya telah lama berkuatkuasa tetapi tidak berkesan.