PKR nafi Anwar setuju idea k'jaan perpaduan

  • 9 years ago
PKR hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti itu telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, semalam.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata beliau diberi mandat oleh biro politik PKR untuk menafikan perkara itu.