‘Biar AG tentukan definisi rogol perkahwinan’

  • 9 years ago
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim hari ini memaklumkan bahawa kementerainnya telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk maksud yang lebih tepat.bagi definisi rogol di dalam perkahwinan.

Sebelum ini, polemik timbul berikutan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bahawa kerajaan tidak bercadang meminda Kanun Keseksaan bagi kesalahan persetubuhan paksa oleh suami terhadap isteri kerana ia tidak boleh dianggap sebagai rogol.