Tiada salah berdemo desak Najib undur, kata MP

  • 9 years ago
Ahli Parlimen DAP Anthony Loke mempertahankan status di Facebook beliau pada minggu lalu yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur kerana terpalit dengan skandal 1MDB yang sarat hutang atau berdepan dengan demonstrasi.

Bercakap di luar IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur selepas polis merakamkan kenyataannya, Loke berkata adalah tidak menyalahi undang-undang bagi mengadakan demonstrasi di Malaysia kerana kebebasan itu dijamin menerusi Akta Perhimpunan Aman.