Zahid perlu bercuti?: Saya tiada pendapat, kata Najib
  • 6 years ago
Bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk menentukan sama ada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu bercuti atau tidak.

Najib juga menegaskan beliau tidak mempunyai pandangan mengenai isu itu dan akan berbincang dengan Ahmad Zahid mengenai isu terbabit.

Ahmad Zahid didakwa atas 45 kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 pada Jumaat lalu.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta bagi semua pertuduhan.
Recommended