Keluarga terkilan tak dapat serah Anwar kuih raya

  • 9 years ago
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim terkilan kerana pihak berkuasa dan mahkamah syariah tidak membenarkan mereka menyerahkan kuih dan makanan hari raya kepada bekas ketua pembangkang itu ketika wakalah' peguam dibacakan bagi kes rayuan qazaf.

Bagi anaknya, Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, larangan itu tidak masuk akal, seolah-olah ada arahan daripada pihak atasan supaya Anwar tidak diberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk bersama keluarga.