Video pembeli terkilan dapat lauk berulat di bazar Ramadan

  • 8 years ago
Video yang di muat naik seorang pembeli yang mendapat lauk ikan dipenuhi ulat menjadi viral di laman sosial ketika ini.

Menerusi video tersebut dapat dilihat terdapat ulat bergerak-gerak di dalam isi ikan yang dibelinya.

Menurut pembeli tersebut video berkenaan bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi hanya meluahkan rasa terkilan dengan sikap peniaga di bazar Ramadan yang tidak menitik beratkan kebersihan dalam mencari keuntungan semata-mata.