Skip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Maxis memaklumkan bahawa tawaran tersebut boleh ditebus mulai hari ini melalui aplikasi Maxis dan sah sehingga 31 Oktober 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Maxis berhak menawarkan akses percuma selama 6 bulan kepada suka premium untuk pelanggan Maxis PostPay 139, 169 dan 199.
00:10Ia membolehkan pelanggan mereka menikmati pelbagai kandungan sukan dan hiburan secara langsung.
00:16Dalam satu kenyataan, Maxis maklumkan bahawa tawaran tersebut boleh ditembus mulai hari ini melalui aplikasi Maxis dan Sah sehingga 31 Oktober 2025.
00:26Pelanggan boleh menikmati lebih 70 saluran langsung dan 20,000 jam kandungan video atas permintaan atau VOD termasuk siaran langsung Liga Bola Sepak Malaysia MFL, Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara UEFA, Formula One, MotoGP, La Liga, Bundesliga, Kejohanan BWF, UFC, Liga Sepak Takrok, Kejohanan Tenis Grand Slam, Bola Keranjang dan banyak lagi.
00:50Pelanggan Suka Premium menyokong penstreaman serentak pada sehingga 3 peranti termasuk 1 televisyen dalam resolusi 1080p Full HD.
01:00Untuk menembus manfaat ini, pelanggan yang layak hanya perlu membuka aplikasi Maxis, pilih ikon Live Spots diikuti pilihan Suka Premium percuma 30 hari dan ikuti langkah-langkah untuk mencipta akaun Suka.
01:11Penstreaman boleh dilakukan melalui laman web Suka atau aplikasi muda alih dan TV pintar.
01:17Suka kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store serta tersedia di semua platform Smart TV utama.
01:24Maxis turut maklumkan bahawa pelanggan sedia ada plan Maxis Lifestyle Suka yang layak akan menerima akses percuma ini secara otomatik bermula kitaran bil seterusnya.
01:33Pelanggan plan Maxis Postpaid lain boleh melanggan Suka Premium pada kadar RM25 sebulan.
01:41Terima kasih kerana menonton!

Recommended