Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin | Episod 1

  • 5 years ago
Nizam membuat panggilan mengatakan dia tidak boleh pulang ke Malaysia untuk berkahwin dengan Hani kerana sudah pun bernikah dengan orang lain lima bulan lalu. Hani yang mendengar perbualan Puan Azimah dan anaknya itu berasa sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa keluarga angkatnya. Kerana sudah buntu, Puan Azimah meminta Hani berkahwin saja dengan anak sulungnya, Mizan yang bergelar duda. Hani akur demi menyelamatkan maruah keluarga. Mizan berkeras pada mulanya tetapi tiba-tiba berubah fikiran untuk bersetuju pada keesokan harinya. Selepas majlis perkahwinan Mizan dan Hani selesai, Nizam pulang. Dia terkejut apabila mendapati Hani telah sah menjadi isteri kepada abangnya sendiri.