Jangan Ikut Aku | Episod 2

  • 5 years ago
Dukun Anjang Itam yang membunuh Tok Misai tidak puas hati kerana gagal menemui Cincin 4 Keramat milik Tok Misai. Penyakit Akil sudah sembuh dengan bantuan air jampi Tok Misai. Anak Tok Misai, Siti pulang untuk mencari Cincin 4 Keramat dan mendapat tahu cincin itu berada di jari Akil. Sham yang tidak berpuas hati dengan keputusan Cikgu Shila terus mengganggu cikgu itu. Akil menolong Cikgu Shila dan mengusir Sham. Akil kemudiannya mula diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Nabil juga berperangai pelik. Akil juga mula ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai. Akil membuat keputusan untuk bertemu Tok Misai semula, namun dia dikejutkan dengan berita kematian dukun itu.